Add My Facebook@Olivia Soekamti Full

Teknik Membuat Topeng

Sejarah topeng
Topeng adalah sesuatu yang universal di dalam pelbagai budaya dengan pelbagai tujuan termasuk untuk tujuan upacara, hiasan, persembahan, aksesori fesyen atau sekadar menyembunyikan rupa yang sebenar atau menjadi salah satu barang permainan untuk kana-kanak. Bahan-bahan yang digunakan adalah pelbagai jenis termasuk kertas, kayu dan plastik.


Variasi topeng
Terdapat dua jenis topeng iaitu 2 dimensi dan 3 dimensi. Topeng 3 dimensi biasanya mempunyai bentuk berlekuk yang mengikut kontor wajah. Bentuk topeng boleh dibahagikan kepada jenis penuh, separuh, sarung dan kustom iaitu dibuat mengikut saiz muka individu.

Artikel kali ini hanya menunjukkan cara membuat topeng 2 dimensi menggunakan kad manila. Teknik ini membolehkan anda membuat topeng yang lebih besar dari saiz muka anda

Idea untuk muka boleh diambil dari pelbagai jenis buah-buahan, binatang, karakter kartun seperti Mickey Mouse, Spongebob Squarepants atau sensasi terbaru tanahair, hero animasi Boboi Boy.


Cara-cara membuat topeng dua dimensi

Bahan-bahan:
1. Kad manila.
2. Kertas tebal
3. Gunting
4. Gam
5. Salotep
6. Medium warna - warna pensil, krayon atau warna poster air (dan berus)
7. Penebuk lubang
8. Gelang getah atau tali getah (ada dijual di kedai jahitan, biasanya untuk membuat seluar atau kain bercerut getah)

1. Dapatkan ukuran jarak mata yang betul untuk memastikan kedudukan mata betul-betul pada lubang yang ditebuk. Caranya adalah dengan menekap sekeping kertas A4 ke muka dan tanda kedudukan mata denga merasa kedudukannya pada kertas. Kemudian tebuk dan tandakan bahagian tengah dengan satu garisan. Ini untuk memastikan topeng anda tegak dan tidak senget.


2. Lukis gambar yang anda inginkan. Dalam contoh ini, gambar buah-buahan digunakan iaitu jambu air, manggis, nenas, tembikai dan mangga.


3.  Kemudian tampal lapisan kedua kad manila di bahagian dalam supaya lebih keras. Gunting ikut bentuk dan tebuk lubang mata.

4. Tampalkan kertas keras yang dipotong seperti berikut di kiri dan kanan lubang mata seperti di bawah

5. Warnakan topeng menggunakan warna yang anda suka sama ada pensil warna, krayon atau warna air untuk poster

   
6. Ikat gelang getah atau tali getah di bahagian kertas keras yang telah ditebuk lubang menggunakan tangan atau penebuk lubang
Jangan terlalu longgar hingga terlondeh, dan jangan terlalu ketat hingga menyebabkan bahagian kertas keras terkoyak.
Untuk menguatkan lagi topeng anda, tampalkan salotep pada bahagian pertemuan kertas keras dan topeng supaya tidak mudah terkoyak.




7. Topeng telah siap untuk dipakai.

Tidak ada komentar:

Poskan Komentar

Olivia. Diberdayakan oleh Blogger.